Bachelor Business Administration (BBA)


Hi Assalamualaikum. Harini saya ingin menceritakan tentang kandungan kursus yang terdapat dalam degree BBA UKM semester 1. Antara Kursus yang ditawarkan dalam Fakulti ekonomi dan pengurusan ni terbahagi kepada 4 iaitu Ijazah dalam pentadbiran perniagaan, keusahawanan dan inovasi, ekonomi, dan perakaunan. 

FEP ni terletak di bersebelahan Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), so kalau nak study dekat perpustakaan macam dekat la kan, habis kelas je terus pergi perpustakaan hehe. FEP ni jugak berhampiran dengan 3 buah fakulti yang lain iaitu Fakulti Sains Teknologi (FST), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan Fakulti Pendidikan Islam (FPI).

Hasil gambar untuk fakulti ekonomi dan pengurusan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)


Nama penuh kursus ini ialah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) atau nama englishnya Bachelor in Business Administration (Honours)(BBA) . Tempoh pengajian Kos ini hanya mempunyai 6 sem sahaja iaitu dalam 3 tahun. Begitu juga dengan kos keusahawanan dan inovasi, tetapi kos perakaunan dan ekonomi adalah 4 tahun iaitu 8 sem kerana kos tersebut adalah kos yang dianggap profesional. 

Kos ni boleh dikatakan kos yang paling popular di fakulti ekonomi dan pengurusan (FEP) di UKM kerana kos ini mempunyai paling ramai pelajar yang mengambilnya terutama pelajar tahun satu. Selain itu juga, pelajar tahun satu yang ingin mengambil Ijazah dalam bidang perakaunan wajib mengambil Ijazah dalam pentadbiran perniagaan ni terlebih dahulu pada tahun satu kerana semua degree dalam ekonomi, keusahawan dan inovasi, serta ekonomi mostly akan belajar subjek dan silibus yang sama .

Pada tahun satu tidak dibenarkan mengambil major lagi. Pada tahun satu semuanya akan mengambil subjek yang hampir sama. Majoring hanya akan ditawarkan pada tahun 2 mengikut kecenderungan dan keputusan peperiksaan yang bakal diduduki. Untuk kelayakan bertukar kos dalam Ijazah perakaunan terdapat beberapa syarat iaitu keputusan peperiksaan akhir semester mestilah 3.0 ke atas ya. Dan selepas itu akan ada temuduga untuk memastikan anda ini layak atau tidak mendapat Ijazah dalam Perakaunan.

Antara subjek-subjek dalam semester 1 ialah:
  1. EPPD1063 - Aplikasi Komputer 
  2. EPPD1053 - Pengantar Pengurusan 
  3. EPPD1033 - Prinsip Perakaunan
  4. EPPD1013/EPPD1023 - Mikroekonomi/Makroekonomi
  5. EPPD1043/EPPD2023 - Matematik/Statistik unutk Ekonomi dan Perniagaan 
Jadi, ni antara subjek yang saya ambil dalam semester 1 Ijazah Pentadbiran Perniagaan. Semua subjek di atas adalah wajib diambil ya, kalau tak ambil tak boleh graduate la hahaha. Subjek tu nak kata susah tu takdelah susah sangat, ada sesetengah subjek yang susah and senang. So, nak taknak kene hadap jugak, belajar dan faham betul betul insyaAllah boleh. Selain subjek wajib ni, ada jugak subjek citra yang kita kene ambil untuk memenuhi kredit sepanjang pengajian. Nak tahu subjek citra ni apa? Tengok next Blog okay!



Comments

Popular Posts