Pengalaman Di Matrikulasi Selangor

Hi and Assalamualaikum. Harini saya nak cerita sikit tentang pengalaman saya belajar di Matrikulasi Selangor. Alhamdulillah kini saya sudah pun menamatkan zaman matrikulasi saya. Dulu sebelum masuk matrik, selalu rasa tak boleh nak survive dekat matrik, yelah sebab ramai orang kata susah. Tapi sebenarnya tak pon kalau korang niat betul betul nak belajar.

So, 2018 saya ditawarkan memasuki Program Matrikulasi dengan jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting. Saya melangsungkan pengajian selama setahun iaitu masuk bulan 5 2018 dan berakhir bulan 4 2019. Sekejap jer rasa. Selama setahun tu hanya ada 2 semester saja.

Matrik ni dia ada PST dan PDT iaitu pengajian satu tahun dan pengajian dua tahun.  PDT ni hanya untuk pelajar yang ambil jurusan sains sahaja, untuk budak akaun hanya ada PST sahaja. Untuk budak sains mereka dibahagikan kepada 3 modul iaitu modul I, II,  dan III. Modul I subjeknya lebih killer sikit iaitu bio, chemistry, fizik. Modul II, dia takde bio tetapi digantikan dengan subjek komputer sains. Untuk modul III pulak dia takde fizik dan digantikan jugak dengan komputer sains.

Untuk pelajar akaun, subjek yang ada ialah ekonomi,  perakaunan, matematik dan business.  Di matrikulasi selangor ini, pada tahun 2018 dia baru memperkenalkan Jppro.  Jppro ini adalah laluan nak membuat Acca dalam accounting. Pelajar Jppro ini dipilih mengikut keputusan spm diorang and diorang kene ambil test dulu sebelum diterima masuk dalam Jppro. So, sesiapa yang pass dalam test tersebut akan diserap masuk ke dalam Jppro dan yang tidak pass akan dimasukkan kedalam jurusan perakaunan biasa. Pelajar Jppro ini nanti dah dijamin akan masuk ke Uitm untuk membuat Acca. So, Jppro ni macam jalan pintas nak buat Acca. Kalau korang nak plan buat Acca boleh la apply . Tapi yang saya tahu Jppro ni hanya ada di matrik selangor.  Dekat matrik lain tu tak sure ada ke tak.

Sampai di sini sahaja dulu, next blog insyaAllah saya akan sambung lagi. Assalamualaikum 🤗

Comments

Popular Posts