CITRA UKM

Hi Assalamualaikum, hari ni nak sambung pasal blog sebelum ni iaitu mengenai CITRA UKM. So korang semua mesti tak tahu kan citra ukm ni apa kan, kalau nak tahu sudilah baca blog ni hehe.
Hasil gambar untuk citra ukm
Okay, CITRA ni actually sama je macam kokurikulum dalam universiti lain atau dalam zaman persekolahan. Cuma di UKM ni unik sikit kokurikulum kami panggil sebagai CITRA. 

CITRA diwujudkan untuk menghasilkan graduan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan masyarakat semasa serta membina modal insan yang berupaya menguasai dan mengaplikasi kemahiran insaniah bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam masyarakat termasuk meningkatkan daya kreativiti dan inovasi.

CITRA ni semua pelajar diwajibkan ambil untk memenuhi jam kredit seseorang pelajar iaitu sekitar 120 jam kredit bagi sepanjang pembelajaran. Jadi, daripada 120 jam kredit hanya 40 jam kredit sahaja diperlukan daripada pendidikan CITRA ni untuk memenuhi jam kredit. Selebihnya, 80 jam kredit adalah daripada subjek-subjek dalam kos masing-masing. Bagi pelajar yang mengambil kos yang profesional seperti accounting atau bidang kedoktoran, korang diberi keistimewaan iaitu korang hanya perlu ambil 30 jam kredit sahaja untuk CITRA ni. Jika pelajar tidak dapat menghabiskan ke semua jam kredit ni, mereka akan ditangguh untuk bergraduate. So korang kene extend lagi la pembelajaran korang tu. Korang kene selalu take note tau!

CITRA ni ada beberapa jenis jugak iaitu:

C1 - Etika, Kewargenegaran & Ketamadunan
C2 - Bahasa, Komunikasi & Literasi
C3 - Peradaban Kuantitatif & Kualitatif
C4 - Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi
C5 - Sains, Teknologi dan Kelestarian
C6 - Kekeluargaan, Kesihatan dan Kehidupan

Semua pelajar perlu mengambil kesemua C1-C6 di sepanjang tempoh pengajian. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web ni http://www.ukm.my/citra/ .

Sekian daripada saya. Terima kasih dan Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts