Pengalaman Belajar di Matrik Selangor Part 2

Life dekat matrik ni takde lah susah mana pun. Janji korang kene selalu datang kelas tutorial dan kuliah. Dalam kuliah tu janganlah tidur pulak ya. Silibus dalam matrik ni mostly dah pernah di ajar pon pada zaman persekolahan especially math. Subjek mathematics di matrik banyak belajar pada addmath pada zaman sekolah dulu. So, sebelum masuk better korang recall dulu apa yang pernah belajar dulu. 

Untuk asrama pulak, asrama perempuan mempunyai 3 blok dan lelaki 2 blok. Cafe dia ada 3, 2 di blok perempuan dan 1 di blok lelaki. Makanan kat sana semua murah-murah dan boleh dikatakan sedap jugak lah. Mostly paling sedap dan nak pelbagai menu makanan silalah pergi ke cafe lelaki.

Life dekat matrik ni tersangatlah pack. Lebih-lebih lagi pelajar sains modul I. Diorang start kelas pukul 8, balik ada yang balik sampai pukul 6. Kalau student akaun biasanya pukul 8 kelas dalam pukul 4,5 dah balik dah. Tapi takpe nanti lama-lama korang akan terbiasa jugak dengan benda-benda macam ni. 

Pada waktu petang, kalau korang nak beriadah, bersenam boleh je sebab kat sini ada padang yang luas dan court badminton, bola jaring, bola tampar dan banyak lagi. Kalau nak pergi gym pon ada. And kalau korang nak bersiar-siar naik basikal pon boleh, kat sini boleh pinjam basikal pastikan korang kene bawak kad matrik dan berpakaian sukan. Banyak kemudahan dekat matrik ni. Semua peralatan sukan macam bola sepak,  bola tampar tu pon boleh pinjam dekat stor sukan. Masa saya belajar di sana selalu jugak lah turun petang-petang jogging, main bola baling dengan classmates and roommate. Memang best sangat dan dapat jugaklah hilangkan stress sikit-sikit. Hehe

Jogging di waktu petang 

Pemandangan dari bangunan tutorial

Bangunan tutorial

Padang kms 

Court tennis 


Comments

Popular Posts