Pengalaman Latihan Praktikal di PTSL

Hi Assalamualaikum. Harini saya nak share sikit pengalaman saya sendiri membuat latihan praktikal di PTSL UKM.

Latihan praktikal ini ialah sebenarnya salah satu tugasan atau assignment yang perlu dilakukan bagi pelajar yang mengambil Citra Literasi Maklumat. Jadi, saya perlu lakukan latihan praktikal di PTSL ini selama 4 Jam dalam masa 2 bulan. Saya buat latihan praktikal ini dalam seminggu 2 jam dan 2 jam berikutnya minggu hadapannya. Kalau nak buat 4 jam terus pon boleh mengikut kelapangan pelajar la. 

Okay dalam latihan praktikal ini ia dibahagikan kepada beberapa unit yang ada dalam PTSL. Iaitu Unit Perkhidmatan Pelanggan, Unit Arkib dan Koleksi Khas, Unit Multimedia dan banyak lagi. 
Semua unit tersebut akan dibahagikan kepada beberapa pelajar untuk membuat latihan praktikal di unit tersebut. Saya ditempatkan di Unit Multimedia di mana kesemua bahan multimedia seperti kaset, mikrofis, CD, mikrofilem, dan lain lagi dikumpulkan di situ iaitu aras 2 PTSL. 

Sepanjang latihan praktikal tersebut, saya diajar bagaimana untuk mengendalikan mesin mikrofis dan mikrofilem dan mencatat segala masalah yang ada dalam mikrofis dan mikrofilem. Dan juga menambah ilmu pengetahuan tentang bahan-bahan media yang ada banyak fungsinya. 

tempat penyimpanan kaset, mikrofis, mikrofilem

kaunter pertanyaan

tempat praktikal saya 

mesin mikrofis
mesin mikrofilem 


Comments

Popular Posts