CITRA CAKLEMPONG UKM

Hai dan Assalamualaikum. Harini nak cerita tentang citra yang saya ambil pada sem 1 ini iaitu citra Muzik Caklempong I.

Korang semua tahu tak Caklempong tu apa?

Caklempong ini adalah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik. Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat di kalangan masyarakat Minangkabau.‘Cak’ bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala ‘Lempong’ bermaksud bunyi paluan bonang. Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian, muzik dan nyanyian, dan muzik dan dramatari (taridra). Muzik tradisional ini juga dikenali sebagai Telempong, celempong dan taklempong.

Caklempong ini dibawa masuk ke Tanah Melayu (Negeri Sembilan) antara abad ke-14 dan ke-19 oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat yang datang berniaga dan terus bermastautin di Tanah Melayu. Oleh kerana ramai orang Minangkabau bermastautin di Negeri Sembilan, maka permainan muzik Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini selain daripada ‘Bongai.’

Citra Muzik Caklempong ini adalah termasuk dalam Citra 1 (C1) iaitu Etika, Kewarganegaraan dan Ketamadunan. Citra ini juga di bawah pusat kebudayaan UKM. Kami selalu berlatih di Panggung Seni di DECTAR iaitu pada hari rabu 8.30 - 10.30 malam.

Kelas Citra ini korang akan diajar bagaimana nak memainkan caklempong ini secara basic dulu then barulah ada lagu yang rancak rancak sikit. Tak susah sangat pon cara mainan dia just kene tahu dia punya note a, b, c, d, e, f, dan g. Cara mainan dia sama je macam piano, cuma piano kita guna jari tapi caklempong ni kita kene ketuk macam main drum. Itu je perbezaan dia.

Kelas citra ni memang sangat rilek takde nak stress stress. Cikgu dia pon sproting je iaitu Tuan Tengku Dinkhalish Puazlee Bin Tengku Puazman.


Gambar semasa latihan
Okay itu sahaja setakat ini. Bye Assalamualaikum. 



Comments

Popular Posts