HTML

Hi and Assalamualaikum.

Apa itu HTML? Kenapa kene belajar HTML? Mesti korang tertanya tanya kan. So, Harini nak share pasal HTML.

HTML ialah merujuk kepada Hyper Text Markup Language. Ia juga merupakan bahasa penanda utama untuk penghasilan laman web. HTML menyediakan cara menghasilkan dokumen berstruktur dengan menandakan maksud struktur teks seperti tajuk, perenggan, senarai, pautan, petikan, dan lain-lain. HTML boleh menghasilkan imej dan objek, serta boleh digunakan untuk menghasilkan borang interaktif.

HTML terdiri daripada kod-kod ringkas tertentu yang akan memerintahkan Web Browser untuk memaparkan laman web yang terdiri daripada teks, grafik, video dan lain lagi berdasarkan kod-kod yang ditulis di dalam notepad. Sambungan fail bagi HTML adalah .htm atau .html iaitu kene save sebagai itu.

Contoh kod-kod ringkas HTML:

<!doctype html>
<html>
  <head>
    <title>Hello HTML</title>
  </head>
  <body>
    <p>Hello World!</p>
  </body>
</html>

HTML juga boleh letak gambar, video, audio, jadual tetapi kene berdasarkan format dan kod yang betul lah baru ia akan menjadi. Melalui HTML jugak korang boleh buat CV korang iaitu Curriculum Vitae. So, kenapa kita kene belajar HTML ni kerana setiap laman web yang ada dalam Web Browser tu semua dibuat menggunakan HTML. Jadi, kalau korang nak buat website sendiri, korang kene guna cara HTML ni jugak sebab itu lah korang kene belajar macam mana nak menggunakan HTML ini.

Kalau nak belajar lebih lanjut tentang HTML dan fungsi-fungsi dia, boleh pergi ke website https://www.w3schools.com/html/ .


Comments

Popular Posts