How to make a mail merge
Assalamualaikum and Hi. Kalini saya nak cerita tentang apa yang saya belajar dalam kelas aplikasi komputer iaitu macam mana nak buat mail merge.
Mail Merge adalah ialah satu kemudahan yang ada di Microsoft Word yang digunakan untuk menulis surat, membuat sijil dan lain-lain tanpa mengubah isi tersebut dan kandungan yang telah kita buat, contohnya kita ingin membuat sijil penyertaan kepada para peserta. Dengan menggunakan Mail Merge, kita tidak perlu membuat satu bentuk sijil yang lain sebaliknya kita hanya perlu memasukkan nama yang telah kita simpan di dalam Mail Merge. Maksudnya, kita tak perlu nak buat surat banyak-banyak kali.
Saya akan terangkan langkah-langkahnya:
Step 1: Buat table data di EXCEL dan Save.
-Table data ni adalah maklumat yang berisi data bagi kesemua individu dan berbeza. (Save dalam format .xls)
-Table data ni adalah maklumat yang berisi data bagi kesemua individu dan berbeza. (Save dalam format .xls)
Step 2: Buka microsoft word, tekan column "MAILINGS" dan tekan "Start mail merge" dan pilih "Letters"
Step 3 : Buka template surat anda, yang telah sedia ada, jika belum draft, sila buat template terlebih dahulu . Selepas itu, pilih SELECT RECIPENTS, dan pilih Use Existing List dan cari data maklumat yang telah di save tadi.
Contoh draft surat
Step 4: Selepas anda memilih data maklumat anda, anda akan dapati paparan seperti di bawah muncul. Dan pengertian bagi table seperti yang di paparkan, maksudnya cuba lihat di data maklumat dalam EXCEL anda sebelum ini, maklumat tersebut berada di SHEET yang mana. Dan pilih nama Sheet itu.
Step 5: Tekan Insert Merge Field dan tekan Kepada tu di bawah NAME dan Jantina di bawah GENDER, seperti dalam gambar.
Step 6: Tekan Preview Results, dan dapati column name tadi bertukar kepada nama orang contohnya Abu. And then dah keluar semua barulah tekan Finish & Merge.
MAIL MERGE AKAN HASILKAN MUKA SURAT BERGANTUNG BERAPA BANYAK DATA ANDA. JIKA ADA 100 DATA, BERMAKNA 100 SURAT AKAN DI KELUARKAN, BEGITU LAH SEBALIKNYA.
Jika nak lebih faham korang boleh tengok dekat youtube ni https://youtu.be/1x26lvAV9rU . Selamat mencuba.
|
Comments
Post a Comment