Cheesekut Recipe

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini saya nak share kat korang tentang benda yang selalu saya buat bila ada masa lapang iaitu Baking. Saya takdelah pandai sangat memasak, tapi lebih suka kepada membuat kek, kuih dan benda-benda yang senang nak dibuat. So, ni adalah sebahagian daripada hobi saya jugak lah.

Pada cuti pertengahan semester minggu lepas, saya ada buat cheesekut bersama kakak saya. So, saya nak share dekat korang resipi dan cara-cara nak buat cheesekut ni. Nak buat ni senang je, bahan - bahan dia pun sikit and mudah dapat. Jadi, mari kita start!

Antara bahan-bahan dia adalah:


  • Biskut Original Hup Seng ( ni tak kisah guna apa-apa jenama biskut pun)
  • 250g Cream cheese Tatura
  • 1/4 cup Susu Pekat 
  • 1/2 cup Susu segar untuk adunan, dan 1/4 cup untuk celup biskut
  • Nestum
Cara-Cara dia adalah:
  1. Pukul Cream cheese dan susu pekat dan susu segar hingga sebati and then ketepikan. 
  2. Untuk lapisan pertama, rendam biskut dengan susu segar dan susun dalam bekas ( bekas ni saya guna bekas petak kecik tu mudah nak dihidang terus makan je)
  3. Letak adunan cream cheese yang dah pukul tadi di atas biskut tersebut.
  4. Taburkan topping nestum ke atasnya.
  5. Ulang step 2-4 di atas sehingga biskut yang kelima.
  6. Masukkan dalam peti sejuk dan sejukkan selama 3/4jam.
  7. Dah sejuk, boleh terus makan.
Untuk topping dia korang boleh letak antara nestum, milo, cheese parut, Oreo, dan Coklat. 

Inilah hasilnya. Selamat mencuba!






Comments

Popular Posts