MICROSOFT ACCESS

Hi dan Assalamualaikum. Harini nak cerita apa itu Microsoft Access.

Microsoft Access ialah suatu perisian komputer yang diklasifikasikan sebagai perisian pangkalan data iaitu nama inggerisnya "Database". Pangkalan data ialah koleksi fail data dalam bentuk jadual yang berkaitan atau saling berkaitan untuk menghasilkan maklumat. Data juga diperlukan untuk digunakan sebagai input.

Pangkalan data ini digunakan oleh pengguna yang ingin mengumpul, mendapatkan, dan menggunakan maklumat yang telah direkod. Contoh database yang selalu direkod ialah senarai nombor telefon, senarai nama, senarai rekod jualan dan banyak lagi.

Di dalam Access terdapat perkara penting yang perlu diketahui sebelum menggunakannya. Antaranya ialah :
  • Jadual(Table)
  • Borang (Form)
  • Pertanyaan(Query)
  • Laporan (Report)
  • Rekod(Record)

  • Jadual (Table)
- mempunyai jadual pelajar, jadual pekerja yang mengandungi data seperti nama, alamat, nombor telefon, kad pengenalan dan lain lagi.
- Setiap jadual dicipta secara berasingan dan disimpan dalam pangkalan data yang sama jika ianya berkaitan.


  • Borang (Form)
- Sama seperti borang cetak bagi memudahkan masukkan data
- Data yang dimasukkan secara automatik ditempatkan dalam jadual.
- Maklumat yang dimasukkan boleh dilihat dalam bentuk jadual atau borang.

  • Pertanyaan (Query)
- Membantu mencari maklumat tertentu dalam lebih daripada satu jadual.
- Boleh menapis maklumat tertentu yang dikehendaki mengikut syarat-syarat yang dikehendaki.

  • Laporan (Report) 
- Maklumat dalam brang boleh dicetak mengikut keperluan.
- Boleh membentang data dalam format cetak.

  • Rekod (Record) 
- Mengandungi data untuk individu dan objek.
- Disimpan dan disusun mengikut corak tertentu.


Comments

Popular Posts