Apa Itu Aplikasi Komputer?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Posting harini saya nak memperjelaskan apa itu Aplikasi Komputer yang terdapat di dalam kos Pentadbiran Perniagaan.


Aplikasi Komputer ini adalah subjek yang wajib korang ambik dalam semester 1. Subjek ini mempunyai 3 jam kredit which is akhir semester nanti akan ada exam macam subjek subjek yang lain. Subjek ini dikatakan paling senang nak score. Tapi kene buat assignment dan kene perform masa labtest laa hehe.


Subjek Aplikasi Komputer ni mengajar kita cara cara bagaimana nak menggunakan perisian komputer dan fungsi-fungsi dalam komputer yang sebelum ni kita tak tahu pun kewujudannya. Antara topic yang di ajar ialah Microsoft Word, Microsoft Excel, HTML, Microsoft Access, cara nak buat powerpoint yang kreatif dan segala macam berkenaan komputer.


So, untuk budak business korang kene tahu sedikit sebanyak tentang komputer sebab nanti kalau korang kerja korang tetap akan guna komputer jugak sebab tu lah korang kene belajar subjek ni.


Sekian sahaja dari saya. Assalamualaikum 😄

Comments

Popular Posts