Pengalaman Belajar di Matrik Selangor Part 2
Life dekat matrik ni takde lah susah mana pun. Janji korang kene selalu datang kelas tutorial dan kuliah. Dalam kuliah tu janganlah tidur pulak ya. Silibus dalam matrik ni mostly dah pernah di ajar pon pada zaman persekolahan especially math. Subjek mathematics di matrik banyak belajar pada addmath pada zaman sekolah dulu. So, sebelum masuk better korang recall dulu apa yang pernah belajar dulu. Untuk asrama pulak, asrama perempuan mempunyai 3 blok dan lelaki 2 blok. Cafe dia ada 3, 2 di blok perempuan dan 1 di blok lelaki. Makanan kat sana semua murah-murah dan boleh dikatakan sedap jugak lah. Mostly paling sedap dan nak pelbagai menu makanan silalah pergi ke cafe lelaki. Life dekat matrik ni tersangatlah pack. Lebih-lebih lagi pelajar sains modul I. Diorang start kelas pukul 8, balik ada yang balik sampai pukul 6. Kalau student akaun biasanya pukul 8 kelas dalam pukul 4,5 dah balik dah. Tapi takpe nanti lama-lama korang akan terbiasa jugak dengan benda-benda macam ni.